Tips Bagaimana Nak Keluar Dari Masalah
Bila Anda di landa masalah, jangan sesekali menumpu fikiran pada masalah tu, sebab lebih banyak masalah yang akan timbul kerana ia akan ditarik oleh gelombang minda Anda. Walau macam mana beratnya masalah yang melanda, ketahuilah ada lagi orang lain yang lebih berat masalahnya dari Anda.
Ini beberapa tips yang Anda boleh aplikasikan: 1. Tumpukan Pada Penyelesaian Masalah Tanya diri Anda apa cara yang Anda boleh gunakan untuk mengurangkan masalah dan tanya diri Anda apa yang Anda boleh buat sekarang untuk menyelesaikannya langkah demi langkah. Ingat! Fokus pada penyelesaian sahaja.Yang dulu-dulu tu it doesn't matter, fokus pada masa sekarang, hari ini dan hari-hari seterusnya. 2. Strategi Di Atas Kertas. Cara lebih baik, ambil kertas dan pen lalu tuliskan strategi Anda. Letak bila Anda mahu mula bertindak untuk menyelesaikannya. Sebab, kalau hanya bermain di dalam minda, Anda akan lupa dan ini membuatkan fikiran Anda semakin fokus pada masalah tu, bukannya penyelesaian masalah. 3. Bertenang, Relaks Cuba tenangkan diri dan jangan rasa terlalu tertekan. Sebab, bila ada tertekan dan rasa geram sebab diri Anda di landa masalah, minda takkan dapat memberikan idea-idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Anda, tak kira masalah kewangan, perhubungan, kerjaya atau perancangan yang gagal. Jangan selalu blame diri sendiri, jika Anda berbuat begitu Anda dalam masa yang sama memandang rendah pada diri sendiri, keupayaan kuasa minda Anda dan daya getaran spiritual Anda. Kesannya, keupayaan Anda terhad! Cara terbaik, ibaratkan minda dan diri Anda sendiri sebagai sahabat karib dan berkawanlah serapat mungkin dengannya. Puji dia dan ibaratkan sebagai seorang yang sudi membantu, bila Anda selalu buat begini, banyak idea yang akan timbul, seperti yang terjadi pada saya. 4. Bertindak Dari merangka strategi tadi, sekarang Anda perlu bertindak dengan aktif, bukan tak buat apa-apa. Terapkan mindset seorang juara, di mana Anda tekad takkan mudah mengalah. Be a warrior! Untuk mencipta perubahan, Anda perlu merubah tindakan dan mindset Anda yang ada sekarang ini. Jadi, untuk keluar dari kongkongan masalah, Anda perlu cipta perubahan, sebab ia perlu untuk dijadikan pencetus tindakan Anda melepaskan diri Anda dari masalah. Untuk mencipta perubahan, Anda perlu berubah dari segi mental, perasaan, pemikiran dan tindakan. 5. Konsisten, Fleksibel dan Sabar. Sabar sikap paling penting dalam usaha penyelesaian masalah. Kalau tak sabar, jalan mudah adalah terperap dalam masalah tu dan membiarkan diri Anda terus dirundum masalah. Nak ke? Saya pasti takde siapa yang nak. Seterusnya, usaha dengan konsisten. Misalnya, jika masalah kewangan Anda belum selesai dan Anda cuba menyelesaikannya dengan menjual eBook lalu eBook Anda pula tak mendapat sambutan, kaji di mana silapnya dan cuba lagi dengan cara yang baru, teknik baru, strategi baru. Itulah yang dimaksudkan dengan fleksibel, maksudnya Anda merubah strategi mengikut keadaan dan Anda perlu pandai membaca peluang. Paling penting, usaha banyak kali dan bertawakkal sepenuhnya (LET GO) selepas itu.