Ucapan dari player Kedah setelah menang Double Treble!
Juara Piala Malaysia dirai
ALOR STAR 24 Ogos - Kepulangan juara Piala Malaysia, Kedah ke negeri ini pagi ini disambut bagaikan wira oleh ribuan penyokong hijau kuning dalam meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka itu.
Skuad kendalian Mohd. Azrai Khor Abdullah itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim , Kepala Batas di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan disambut oleh para penyokong yang begitu teruja dengan kejayaan Kedah mempertahankan Piala Malaysia.
Para pemain bersama piala yang dimenangi kemudian diarak dengan menaiki kenderaan khas berwarna hijau kuning yang tertera tulisan "Tiga Juara Dalam Dua Musim" sejauh lebih 10 kilometer dari lapangan terbang ke Stadium Darulaman.
Perarakan tersebut turut melalui bandar raya Alor Star sambil diiringi oleh kira-kira 1,500 peminat pasukan hijau kuning itu.
Pasukan Kedah kemudian diraikan dalam satu majlis khas di Stadium Darulaman.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, Kedah muncul juara musim kedua berturut-turut selepas menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=BcrpZP_Jc-Y]